19 Oktober 2023 | Khamis
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembangunan SMK Serada, Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.
SMK Serada dibina dengan kapasiti 18 bilik darjah dan dilengkapi dengan kemudahan asas lain seperti bilik pentadbiran, makmal sains, padang sekolah, dewan terbuka dan lain lain.
SMK Serada dijangka mula beroperasi dan menerima kemasukan murid pada bulan Mac 2024.
KPM sentiasa berusaha menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk masyarakat setempat dan diharapkan ianya akan dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu.
Hits : 732