Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

12 Januari 2023 - Majlis Amanat Peperiksaan

12 Januari 2023 - Majlis Amanat Peperiksaan yang disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Antara perkara yang diberi penekanan oleh YB Menteri Pendidikan ialah komunikasi antara kementerian dan sekolah perlu lebih cekap dan telus. Aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti serta kebajikan guru perlu dijadikan teras keberkesanan penyampaian pendidikan. YB Fadhlina Sidek juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pengurus peperiksaan negeri pada majlis tersebut.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr Mohd Azam bin Ahmad, Pengarah Lembaga Peperiksaan dan pegawai kanan serta pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Hits : 1180