Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Penerimaan Voyage 460/2023 dan Penyerahan Voyage 461/2023

Majlis Penerimaan Voyage 460/2023 dan Penyerahan Voyage 461/2023

09 Disember 2023 | Sabtu

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Penerimaan Voyage 460/2023 dan Penyerahan Voyage 461/2023 di Markas Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak pada Sabtu.

Usaha ke arah kemenjadian murid tidak terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja tetapi juga menerusi penganjuran aktiviti luar yang dapat menyumbang kepada perkembangan murid yang holistik. Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melahirkan generasi yang mempunyai karakter yang baik, beradab dan berakhlak tinggi.

Salah satu inisiatif KPM untuk memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti luar dan mendapat ilmu berguna serta pengalaman unik adalah menerusi penganjuran program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera.

Program ini memberi pendedahan pengetahuan ilmu pelayaran kepada peserta dan menanam sifat mencintai warisan maritim negara. Peserta diajar cara pelayaran, ketahanan mental dan fizikal, membina jati diri dan disiplin serta membina semangat setiakawan dan kerjasama.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 651