Atas
Pautan Tambahan

|| Home » Pautan Tambahan » Peluang Kerjaya » Peluang Kerjaya
Peluang Kerjaya
< Previous Top Next >

 

Iklan Latihan Industri di KPT

10 August 2012

Latihan Industri di KPT

 

Latihan Industri

 

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pengajian Tinggi). Penempatan pelajar latihan industri di Bahagian/Pejabat/Unit adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari.

 

Syarat-Syarat Umum

  1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
  3. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
  4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
  5. Tempoh minima latihan industri adalah lima (3) bulan; dan
  6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

 

Bidang Pengajian

  1. Bahasa Inggeris
  2. Kewangan
  3. Perakaunan
  4. Pengurusan
  5. Sumber Manusia
  6. Pentadbiran Perniagaan
  7. Pentadbiran Awam
  8. Psikologi/Kaunseling
  9. Komunikasi
  10. Pengajian Media
  11. Sains Komputer
  12. Teknologi Maklumat
  13. Sains Maklumat
  14. Statistik
  15. Teknologi Pejabat
  16. Kesetiausahaan

 

Urusan Kebajikan Pelajar Dalam Tempoh Latihan

 

Elaun dan kemudahan yang dinikmati oleh pelajar latihan industri di KPT pula adalah seperti mana yang dinyatakan pada Surat Edaran JPA rujukan JPA(L)S.175/4/4-2 bertarikh 24 Ogos 2011dan FAQ.:

  1. Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM15.00 sehari terhad kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja bagi sepanjang tempoh pengajian;
  2. Tempoh latihan amali adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh IPT/Politeknik. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun adalah dihadkan kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja.
  3. Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu;
  4. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.
  5. Pelajar tidak layak dibayar bayaran lebih masa;
  6. Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh pegawai awam.

 

Dokumen Permohonan

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan menjalani latihan industri di KPT adalah:

 

  1. Surat Permohonan Pelajar;
  2. Surat Pengesahan Menjalani Latihan Industri daripada IPT/Politeknik;
  3. Resume; dan
  4. Mini Transkrip

 

Dokumen-dokumen seperti di atas adalah diperlukan bagi memudahkan urus setia membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Permohonan latihan industri yang lengkap dan layak dipertimbangkan hanya setelah KESEMUA DOKUMEN yang diperlukan diterima oleh pihak urus setia.

 

Permohonan boleh dihantar melalui pos/emel kepada alamat seperti berikut:

 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

(Sektor Pengajian Tinggi)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. Unit Perkhidmatan)

 

 

Pegawai Untuk Dihubungi

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

 

Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat

(Emel)  diana.azizan@moe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814; atau

 

Cik Nur Syahirah binti Baharin
(Emel) syahirah.bahrin@moe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5223 (Faks) 03 – 8870 6814.

 

Tarikh Kemaskini: 23 September 2013.

 


 










Bawah