Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan/Penggantian Sijil TVET

Politeknik

1. Sekiranya saya kehilangan atau ingin mendapatkan kembali salinan Sijil/Diploma Politeknik dan di manakah saya boleh mengambilnya semula?

Untuk makluman pihak tuan, kawalan Sijil adalah di peringkat Politeknik dan pengeluaran bagi Sijil adalah dari Politeknik masing-masing. Oleh itu,sila hubungi politeknik berkenaan bagi tujuan mendapatkan semula sijil/diploma yang hilang kerana di peringkat Jabatan Pengajian Politeknik hanya menyimpan data Arkib Pelajar Politeknik Malaysia sahaja.

2. Sekiranya Saya mendapati tiada rekod di dalam Arkib untuk melihat data bekas graduan Politeknik, di manakah saya perlu rujuk ?

Pelajar boleh merujuk ke Bahagian Pentaksiran dan Pensijilan, Jabatan Pengajian Politeknik di mana data yang disimpan adalah No pendaftaran pelajar,Nama Lulusan, No Kad Pengenalan, Jantina, Bangsa,Peringkat Sijil/Diploma/HPNM dan Tarikh Lulusan dengan menghantar email di alamat : webjppoli@moe.gov.my . Untuk makluman tuan, Laman Web Arkib Graduan Politeknik boleh memaparkan maklumat bekas pelajar Politeknik yang telah tamat belajar

Hits : 26239