Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Permohonan/Kelayakan Permohonan TVET

KOLEJ VOKASIONAL

1. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik ?

  • Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih.

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal - Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

3. Adakah calon boleh mengisi dua (2) permohonan online bagi Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional dalam masa yang sama dan menggunakan nombor kad pengenalan yang sama?

  • Tidak, satu nombor kad pengenalan hanya terbuka untuk satu permohonan dan calon hanya boleh memilih sama ada untuk memohon Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional

4. Adakah asrama disediakan?

  • Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.

5. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?

  • Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my berdasarkan tarikh penting yang dilampirkan dalam permohonan online
  • Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.

6. Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama ?

Untitled 1

7. Apakah perbezaan antara aliran di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik?

Untitled

8. Adakah calon Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS dikehendaki mengisi 4 komponen PBS dalam permohonan online ?

  • Calon hanya dikehendaki mengisi butiran berikut :
    • Pentaksiran Sekolah (PS)
    • Pentaksiran Aktiviti Jasmani  Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
    • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Manakala, keputusan Pentaksiran Pusat (PT3) tidak perlu diisi butirannya dan akan terus diperolehi daripada Lembaga Peperiksaan (LP) KPM.

9. Bagaimanakah pemilihan kemasukan ke KV / SMT dijalankan?

  • Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)
  • Berikut merupakan syarat umumkemasukan murid iaitu :
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  • Calon bebas daripada masalah mental;  dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

        *syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa

10. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

  • Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan sepanjang tempoh rayuan / walk-in

POLITEKNIK

1. Saya ingin memohon masuk ke Politeknik. Apa yang perlu saya buat?

2. Bolehkah saya menggunakan no PIN yang dibeli pada sesi JUN untuk memohon pada sesi DISEMBER?

  • Ya. No PIN sesi JUN boleh digunakan ntuk permohonan kemasukan pada sesi DISEMBER. No PIN tersebut sah selama 1 tahun bagi mengisi boring pemohonan dalam tahun semasa.

3. Adakah politeknik menawarkan program sijil?

  • Ya, tetapi hanya untuk pelajar berkeperluan khas (pekak dan bisu) sahaja. Program-program utama yang ditawarkan adalah di peringkat diploma, diploma lanjutan dan beberapa program ijazah sarjana muda.

4. Di manakah saya hendak mendapatkan PIN Politeknik?

  • PIN untuk kemasukan ke Politeknik mengunapakai no. PIN UPU dan boleh dibeli di BSN dengan harga RM15.60.


 

Hits : 360633