Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH) yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan secara peminjaman di Bahagian ini.
- Pegawai-pegawai yang berminat dan memenuhi syarat-syarat boleh mengemukakan permohonan dan dokumen dalam bentuk cetakan (hardcopy) yang berkaitan ke BPPD, KPM selewat-lewatnya 11 November 2019 (Isnin). Hanya permohonan yang lengkap dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
- Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai tawaran ini berserta borang permohonan untuk perhatian dan tindakan tuan / puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Muat Turun:
- Iklan Peluang Kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia
- Lampiran I
- Lampiran II
- Lampiran III
- Borang Permohonan
Hits : 3972