direktori Direktori webmel Webmel

Bangkok University (Thailand) telah menawarkan biasiswa sarjana muda di bawah program 2017 ASEAN Network Scholarship bagi tahun akademik 2017/2018, untuk pengajian dalam bidang-bidang seperti yang disenaraikan di bawah, yang akan dikendalikan oleh Bangkok University International College (BUIC).

  • Bachelor of Business Administration in Entrepreneurship
  • Bachelor of Business Administration in Marketing
  • Bachelor of Arts in Communication Arts
  • Bachelor of Arts in Business English
  • Bachelor of Arts in Hotel and Restaurant Management
  • Bachelor of Arts in International Tourism Management
  • Bachelor of Technology in Computer Graphics and Multimedia

Untuk maklumat lanjut berhubung kurikulum bidang-bidang tersebut, sila layari laman web Bangkok University di http://www.buic.bu.ac.th/index.php/majors-creative-course.  Biasiswa tersebut akan menaja sepenuhnya yuran pembelajaran sepanjang 4 tahun program sarjana muda, manakala kos-kos seperti tiket penerbangan, tempat penginapan, elaun sara hidup dan sebagainya adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.

Sila rujuk lampiran maklumat berkaitan bagi biasiswa tersebut yang jelas menerangkan maksudnya yang merangkumi: surat tawaran; maklumat kriteria; dan borang permohonan.  

Bangkok University telah melanjutkan tarikh tutup permohonan biasiswa tersebut kepada bulan Julai atau Ogos 2017.  Penghantaran awal permohonan akan membolehkan pelajar memulakan pengajian pada bulan Ogos 2017, atau seterusnya pada bulan Januari 2018. Hebahan ini tiada kaitan dengan pengiktirafan institusi tersebut daripada KPM. Sila rujuk agensi berkaitan (KPT/JPA) bagi semakan pengiktirafan institusi/ijazah berkenaan.

Bil Perkara  
1. Letter from Bangkok University - 2017 ASEAN Network Scholarship Muat Turun
2. Annex 1 - Factsheet - 2017 ASEAN Network Scholarship Muat Turun
3. Annex 2 - Bangkok University International College - Undergraduate Application Form Muat Turun

 

 

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.7775 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: