direktori Direktori webmel Webmel

PELAWAAN PESERTA MENYERTAI KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS Regular Courses  TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada emel daripada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) bertarikh 02 Feb 2017 dan surat tawaran kursus daripada SEAMEO QITEP in Mathematics  bagi tahun 2017 adalah dirujuk.

                                                                            

2.         Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa SEAMEO Quality Improvement of Techers and Education Personnel in Mathematics (SEAMEO QITEP in Mathematics) yang beroperasi di Yogyakarta, Indonesia  mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah Menengah Atas/ Menengah Rendah  dan Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO QITEP in Mathematics  bagi tahun 2017.

 3.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS  menawarkan biasiswa-biasiswa bagi kursus antarabangsa seperti yang berikut:

                

Bil

Tajuk Kursus

Tarikh

Kumpulan Sasaran

Tarikh Tutup Permohonan

i.

Course on Utilization and Development of IT -based

30 Mac – 12 April 2017

 

29 Mac : Arrival

13 Apr: Departure

 

Guru Matematik

(Menengah   

  Atas)

24 Feb 2017

ii.

Course on Teacher-made Teaching Aid

 

26 Apr – 09 Mei 2017

 

25 Apr : Arrival

10 Mei: Departure

 

Guru Matematik

(Menengah   

  Rendah)

17 Mac 2017

iii.

Lesson Study in Mathematics Education

02–15 Ogos 2017

 

01 Ogos : Arrival

16 Ogos : Dep

 

Guru Matematik

(Menengah   

  Atas)

17 Mac 2017

iv.

Southeast Asia Realistic Mathematics Education

06– 19 Sept 2017

 

5 Sept : Arrival

20 Sept: Dep

 

Guru Matematik

(Menengah   

  Rendah)

17 Mac 2017

v.

Joyful Learning in Mathematics Education

4– 17 Okt 2017

 

3 Okt : Arrival

18 Okt : Dep

 

Guru Matematik

(Menengah   

  Rendah)

17 Mac 2017

 

4.         Sehubungan dengan itu, guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kursus multiplier effect kepada rakan guru setelah pulang dari kursus berkenaan.  Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

 

5.         Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan,  pengurusan , yuran dan tuntutan perjalanan guru/ pensyarah/ pegawai menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak penganjur.  Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.  Permohonan yang diterima akan disaring oleh Panel Pemilihan BPG dan permohonan yang layak akan dicalonkan kepada pihak penganjur.

 

6.         Bersama-sama ini dilampirkan (i) General Information on SEAMEO QITEPS IN MATHEMATIC 2017 Courses, (ii) SEAMEO QITEPS IN MATHEMATIC 2017 Course  Description, (iii) Borang Laporan Perubatan dan (iv) Biodata form for SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS  2017 Courses.  Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(i)            Biodata form for SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS Courses

(ii)          Senarai Tugas Semasa

(iii)         Salinan Kad Pengenalan

(iv)         Salinan Passport

(v)          Salinan TOEFL/IELTS

(vi)         Laporan Perubatan

 

Hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan kepada :

                         Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604 PUTRAJAYA.

 

Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk semakan penerimaan borang:

                           i.        Nama  :      Puan Zaliza binti Ali

                                    Tel       :      03-8884 1192

                                    E-mel   :      zaliza@Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

                         ii.        Nama   :      Puan Khairina binti Khalid

                                    Tel       :      03-8884 1194                                  

                                    E-mel :        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 7.         Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 88841060 di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Muat Turun

Bil Tajuk  
1 General Information on SEAQIM Regular Courses 2017 Muat Turun
2 03 SEAQIM Course Description 2017 Muat Turun
3 04 Form of Biodata Muat Turun
4 MedicalReportForm Muat Turun
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.46 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: