direktori Direktori webmel Webmel

Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 18  untuk tahun 2017.  Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
i)Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.
ii) Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan  di dalam atau di luar negara
iii)Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
iv)Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.
v)Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)
vi)Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA(American Psychological Association) edisi terkini.
vii)Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
viii)Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy)  dan salinan lembut (soft copy)
ix)Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
x)Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada:

Ketua Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr. Shamsudin Mohamad)

xi)Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2017
  · Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2017, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.
 
  Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567.

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 2.055 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: