direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

FotoDrTajuddinPengarah

Nama : Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus

Pendidikan :

Kelulusan Akademik dan Iktisas,Bidang Pengkhususan,Institusi dan Tahun diperolehi

  1. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pendidikan) USM (20.08.1988)
  2. Ijazah Sarjana Pendidikan UKM (12.07.1997)
  3. Doktor Falsafah (Pentadbiran Pendidikan) UKM (20.10.2012)

Pengalaman Perkhidmatan:

  1. Guru Sandaran Terlatih Kategori C3 SMK Temerloh, Temerloh (03/05/1988)
  2. Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred D4 SMK Temerloh, Temerloh (01/08/1988)
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred A19 / DG3 SMK Temerloh, Temerloh (01/01/1989)
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 3 SMK Mentakab 2 @ SMK Seri Semantan, Temerloh (01/01/1998)
  5. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gred DG 3 PPD Temerloh (01/08/1999)
  6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 3 Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan, JPN Pahang (16/09/2001)
  7. Jawatan Latihan (Cuti Belajar Bergaji Penuh) Bhg Biasiswa, KPM (04/11/2004)
  8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 3 BPSH, KPM (03/03/2008)
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 3 BPSM, KPM (16/02/2009)
  10. Timbalan PPD Temerloh Gred DG 48 (M) (02/03/2009)
  11. Ketua Penolong Pengarah (Menengah) Gred DG 48 (M) JPN Pahang (16/04/2009)
  12. Pengetua Gred DG 52 (M) SMK Bukit Sagu, Kuantan (20/12/2012)
  13. Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands Gred DG 52 (04/05/2015)
  14. Pegawai Pendidikan Daerah Pekan Gred DG 52 (23/11/2015)
  15. Timbalan Pengarah Pendidikan – DG54 Jabatan Pendidikan Pahang (27/10/2017– 06/05/2018)
  16. Pengarah Pendidikan Pahang – JUSA C (M) Jabatan Pendidikan Pahang (07/05/2018 – sekarang)

 

LATAR BELAKANG

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) adalah jabatan yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. JPNP kini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan telah wujud sejak tahun 1913. Sebelum ini, JPNP terletak di bangunan Wisma Sri Pahang, Kuantan dan kemudiannya dipindahkan ke Alor Akar pada tahun 1983 sehingga awal tahun 2006. Pada bulan Mac 2006, JPNP telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bilangan kakitangan di jabatan ini seramai 406 orang yang terdiri dari guru dan bukan guru. 

JPN Pahang digerakkan oleh sepuluh (10) sektor seperti berikut:

  1. Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
  2. Sektor Pengurusan Akademik
  3. Sektor Pengurusan Sekolah
  4. Sektor Pendidikan Islam Dan Moral
  5. Sektor Pembangunan Kemanusiaan
  6. Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
  7. Sektor Pendidikan Swasta Dan Khas
  8. Sektor Jaminan Kualiti
  9. Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT
  10. Sektor Psikologi Dan Kaunseling

VISI

 "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

MISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
  2. Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  3. Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran
  4. Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan
  5. Mengembangkan potensi individu melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan
  6. Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan
  7. Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan
  8. Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran
  9. Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan
  10. Membina perhubungan dan permaufakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan:  

  1.         Kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan 

  2.         Semua murid disediakan dengan kemudahan 1 kerusi, 1 meja dan set buku teks pada hari pertama sesi persekolahan 

  3.         Proses penempatan murid Tahun 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), dan Sekolah Agama

              Bantuan Kerajaan(SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran. 

  4.         Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), dan Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan(SABK) dalam tempoh

              3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap, 

  5.         Urusan Rayuan Bersekolah Semula murid dapat diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap, 

  6.         Urusan Pendaftaran Murid Bukan Warganegara dapat diselesaikan dalam tempoh (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap, 

  7.         Pendaftaran calon peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan diuruskan dalam tempoh 30 hari           

  8.         Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima, 

  9.         Proses pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan 

  10.       Proses penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) 

  11.       Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola, dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari

             bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap,  

  12.      Semua tuntutan bayaran bil dan lain-lain yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima, dan sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam

             tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima. 

  13.      Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini. 

  Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2016

STRUKTUR ORGANISASI

CARTAORGANISASIJPN07JAN2019RESIZE

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
609-5715700 609-5734857 jpn.pahang

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.13 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM