direktori Direktori webmel Webmel

 

KETUA JABATAN

Nama : YBhg. Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran

Pendidikan :

-

Pengalaman Perkhidmatan :

-

Kurniaan/Anugerah Khidmat Cemerlang :

-

LATAR BELAKANG

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP untuk mengembangkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru dari 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan pejabatnya ditempatkan di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, untuk :

  1. Menggubal dasarnya yang khusus;
  2. Menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera
  3. Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada tahun 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak dengan membuka dua cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat wilayah, iaitu Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor(2000).Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Pada 20 Oktober 1995, Parlimen telah meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan) 1995 dengan tujuan memperluas Akta tersebut ke negeri Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

VISI

 

Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia 

MISI

 

Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu 

OBJEKTIF

  1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
  3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.
  4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

FUNGSI

 

  1. Melaksanakan Perancangan bahasa, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangkan bahasa.
  2. Melaksanakan Pelaksanaan sastera, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangan sastera.
  3. Melaksanakan program penerbitan, terutama dalam bahasa Melayu, sebagai wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun.

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN, seperti yang berikut:

  • Pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimile dan e-mel dilayan dalam tempoh 24 jam.
  • Pertanyaan/aduan bertulis tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaannya.
  • Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh manuskrip diterima, dan keputusan tentang penerbitannya dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas manuskrip diterima.
  • Manuskrip diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.
  • Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di pasaran tidak lewat daripada 20 hari bulan sebelum bulan terbitannya.

STRUKTUR ORGANISASI

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

HUBUNGI

 

Alamat Telefon Faks Emel (@dbp.gov.my)

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur

http://lamanweb.dbp.gov.my/

03-21479009 03-21479601 adzis
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.92 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM