direktori Direktori webmel Webmel

1.           

 KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

1.   Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Penyewaan Mesin Fotostat Pelbagai Keupayaan (copy, printing & scanning) Untuk Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih sah tempohnya di bawah pecahan kod bidang 221502

 2.  Sebut harga yang ditawarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :

Tajuk Sebut Harga No. Sebut Harga Kod Bidang Tarikh Buka Sebut Harga Tarikh Tutup Sebut Harga
Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Penyewaan Mesin Fotostat Pelbagai Keupayaan (copy, printing & scanning) Untuk Kegunaan Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM (JNJK) 07/2017 221502 22 November 2017


30 November 2017

Jam 12.00
tengah hari

 

3.            Dokumen sebut harga boleh diperolehi mulai 22 November 2017 hingga 30 November 2017 di alamat seperti di  bawah:

                      Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,

                                    Kementerian Pendidikan Malaysia,

                                    Aras 5, Blok E15, Kompleks E,

                                    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                                    62604 PUTRAJAYA

 

4.              Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi dan bersampul surat hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tawaran dan dokumen yang lewat diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup tidak akan dipertimbangkan.

5.               Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad.

6.               Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak Jabatan. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Jabatan ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga.

7.               Kenyataan tawaran Sebut Harga ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/

 

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Webmaster
Masa Capaian : 1.7625 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: