direktori Direktori webmel Webmel

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO

logo

 

Putih
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah
Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru
Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

PERUTUSAN HARI GURU

TEMA HARI GURU

Bil Tema Tahun
1 Guru Pembina Negara Bangsa 2016
2 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 2015
3 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2014
4 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2013
5 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2012
6 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2011
7 Guru Pembina Negara Bangsa 2010
8 Guru Pembina Negara Bangsa 2009
9 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2008
9 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2007
10 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2006
11 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2005
12 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004
13 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2003
13 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002
14 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2001
15 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 2000
16 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1999
17 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1998
18 Guru Bestari Sekolah Bestari 1997
19 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1996
20 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1995
21 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1994
22 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993
23 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1992
24 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1991
25 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1990
26 Guru Pembina Budaya Ilmu 1989
27 Guru Pengasas Budaya Membaca 1988
28 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1987
29 Pendidikan Teras Nasionalisme 1986
30 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1985
31 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1984
32 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1983
33 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1982
34 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1981
35 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1980
36 Murid Sejahtera Negara Jaya 1979
37 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1978
38 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1977
39 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1976
40 Guru dan Pembangunan Negara 1975
41 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1974
42 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1973
43 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara 1972

TOKOH GURU KEBANGSAAN

Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

Rekabentuk Pingat Tokoh Guru

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.

Tahun Penerima
2015 Datuk Dr. Haili Dolhan
2014 Tengku Azuan bin Tengku Mohamed
2013 Jacob a/l P.C. Mathews
Dato Hajjah Freida binti Dato Haji Mohd Pilus
2012 Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene
Tuan Haji Mohd Azman bin Abdul Rashid
Datuk Mary Yap Kain Ching
Dato Haji Ahmad Adzmey bin Haji Abu Talib
Datuk Haji Hassan bin Harun (Sekolah Swasta)
Dato Haji Omar bin Mohd Hashim (Kepimpinan Pendidikan)
2011 Dato Prof. Ab. Rahim Selamat
Dato Siva Subramaniam
Cik Hamedah Wok Awang
Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong
2010 Haji Awang Mohamad
En. Encharang Agas
Dato Chuang Keng Kung
Hajuh Ainun Jamilah Mohamad Ali
2009 Dato Cg. Abdul Rahim Tahir
En. Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah
2008 En. Abu Bakar bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato Dr. Hj. Zulkarnain bin Hj. Abd. Rahman
2007 En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid bin Omar
Dato Haji Muhamad bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin
2006 Pn. Azizah binti. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan bin Md Yaman
2005 YM Engku Tik Azizah binti Engku Malek
Haji Abdul Mana bin Mohamed Noh
Haji Ramli bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf
2004 Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili
2003 Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung
2002 Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan
2001 Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David
2000 Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab
1999 Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah binti. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad
1998 Dato Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali
1997 Dato Hj. Jumat Dato Hj. Mohd Nor
Dato N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad
1996 En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail
1995 Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain
1994 Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe
1993 Dato Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato Hj. Mohd Taib Omar
1992 Dato Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee
1991 Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry
1990 Dato Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry
1989 En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali
1988 En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki
1987 Dato paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman
1986 Dato Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato Ariffin Md. Nam
1985 En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh
1984 Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din
1983 Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah
1982 Dato Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid
1981 Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali
1980 Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato James Frederick Augustine
1979 Kapt. Dato Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah
1978 En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien
1977 Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein
1976 Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng
1975 Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee

AKTIVITI HARI GURU 2016

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
Masa Capaian : 0.3975 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: