direktori Direktori webmel Webmel
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

      a.    Pendidikan Prasekolah
                   o    Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
      b.    Pendidikan Rendah
                   o    Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam
                         tempoh antara lima hingga tujuh tahun;
                   o    Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
      c.    Pendidikan Menengah
                   o    Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
                   o    Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-
                                1.    sekolah akademik
                                2.    sekolah teknik dan vokasional
                                3.    sekolah kebangsaan agama
      d.    Pendidikan Lepas Menengah
                   o    Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah
                         atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

     •    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
     •    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS

Oleh : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Masa Capaian : 1.7475 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: