direktori Direktori webmel Webmel

  Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pencalonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).

  Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat). 

  Penawaran ini adalah bagi sesi kemasukan September 2018 dan jangkaan tarikh temuduga pada 16 dan 17 Ogos 2018.  Calon yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dihubungi melalui e-mel untuk hadir ke temuduga di lokasi yang akan ditetapkan kelak.

         

Bil Tajuk Muat Turun
1 Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018 Muat Turun
2 Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018 Muat Turun
3 Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018 Muat Turun
4 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018 Muat Turun
5 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018 Muat Turun
6 Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018 Muat Turun

Sekian, terima kasih. 

 

Urus Setia

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 I Faks : 03-8321 7101

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.845 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: