direktori Direktori webmel Webmel

Jelajah Psikososial 

 

Bermula dengan suatu cetusan idea yang mengagumkan hasil dari pemikiran dan pengalaman Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin, maka terlaksanalah program Jelajah Psikososial di Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Jelajah Psikososial (JP) ini julung kalinya telah dilaksanakan pada 3-6 Disember 2012 bagi Zon Utara, dan selepas itu diteruskan dengan JP 2 Zon Timur (Pahang dan Terengganu), JP 3 Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) dan JP 4 Zon Sarawak,  JP 5 Zon Selatan 5-8 Mei (Negeri Sembilan, Melaka, Johor), Jelajah Psikosial 6 telah dilaksanakan pada 18-20 Ogos 2014 di Negeri Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan kini Jelajah Psikososial didatangkan khas sekali lagi untuk warga pendidikan Lahad Datu, Sabah pada 17 November 2014 ini dan dikenali sebagai Jelajah Psikososial Lahad Datu.

 

Fokus utama program ini adalah untuk membantu warga KPM dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling. Matlamat Program Jelajah Psikososial ini adalah selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ke arah pembentukan murid-murid cemerlang dan guru terbilang.

 

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Haji Apdal ADUN N50 Lahad Datu, Sabah. Peserta program adalah terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Bimbingan Dan Kaunseling, dan Anggota Kumpulan Pelaksana warga pendidikan Negeri Sabah. Di antara pengisian program ini ialah aktiviti Maklum Balas Kepimpinan 360°, Pengurusan Emosi, dan Ujian Psikometrik serta lawatan psikososial ke rumah warga KPM yang mengalami sakit kronik atau sakit berpanjangan.

 

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Kementerian Pendidikan Malaysia

  


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.83 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM