direktori Direktori webmel Webmel

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

 

Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) sedang dalam proses penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), bagi tempoh 2016 hingga 2020. RMKe-11 merupakan fasa akhir perancangan lima tahun negara ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

 

3. Penglibatan bersama yang berkepentingan dalam pembangunan adalah penting bagi memastikan RMKe-11 adalah menyeluruh, bersepadu dan boleh diterima. Untuk memastikan input dan maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan diambil kira, sejumlah 12 Kumpulan Perancangan Antara Agensi, 42 Kumpulan Kerja Teknikal dan 140 Kumpulan Fokus telah ditubuhkan.

 

4.         Selaras dengan konsep ekonomi berteraskan rakyat yang meletakkan rakyat di tengah-tengah proses pembangunan, satu laman sesawang khusus RMKe-11 telah disediakan yang akan menjadi platform kepada rakyat untuk menyampaikan pendapat, idea dan cadangan. Laman sesawang RMKe-11 ini boleh dicapai melalui http://rmke11.epu.gov.my  mulai November 2014 hingga 31 Januari 2015.

 

Kerjasamasa dan perhatian pihak Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Saya yang menurut perintah,

 

(MASNOOR ASHAARI)

Ketua
Unit Komunikasi Korporat
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri

 


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 1.86 s.

Murid/Pelajar/Pelatih
Orang Awam
Warga KPM