Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kekosongan Jawatan Programme Officer I (Policy and Planning), Di Pejabat Sekretariat SEAMEO Di Bangkok, Thailand

YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Programme Officer  I (Policy and Planning) di Pejabat  Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Programme Officer adalah bertanggungjawab untuk menyelaras projek yang berkaitan dengan SEAMEO dengan ditawarkan gaji dan elaun sepertimana yang ditetapkan dalam Post Description (Lampiran C)  dan tertakluk kepada kelayakan serta kontrak yang ditawarkan oleh Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan: 

i      Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A
ii     Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran B
iii    Post Description seperti di Lampiran C;
iv    Job Application Form seperti di Lampiran D; dan
v     SEAMEO Secretariat Staff Rules and Regulations seperti di Lampiran E.

3.         Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 30 April 2021 (Jumaat):

                        Setiausaha Bahagian
                        Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
                        Kementerian Pendidikan Malaysia
                        Aras 7, Blok E8, Kompleks E
                        Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
                        62604 Putrajaya
                        (u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)

 4.        Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Sharizad binti Sulaiman di talian 03-8884 6196

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 

Hits : 6178