Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

 
 
Pengarah JPN Pulau Pinang

  Ketua Jabatan
> Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua bidang.
  • Meningkatkan mutu dan tahap profesionalisme warga pendidikan di semua bidang dan peringkat.
  • Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FUNGSI

Melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaras perkara - perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelajaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan, penempatan guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus.

PIAGAM PELANGGAN

  • Penyediaan prasarana dan perkhidmatan sokongan yang cekap, kemas, teratur, mesra dan serta merta bagi mejayakan Perkhiidmatan Pendidikan. 

  • Proses penempatan murid Tahun 1,Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) akan diselesaikan dan dimaklumkan DALAM TEMPOH TIDAK LEWAT DARI TUJUH (7) HARI BERKERJA sebelum sekolah dibuka.

  • Proses pertukaran biasa/permohonan belajar semula murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah DALAM TEMPOH LIMA BELAS (15) HARI BERKERJA dari tarikh tutup permohonan. 

  • Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan DALAM TEMPOH DUA PULUH SATU (21) HARI BEKERJA dari tarikh bekalan senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun DALAM TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI BEKERJA dari tarikh tutup permohonan. 

  • Pengeluran perakuan pendaftaran,permit guru,pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta dan sekolah antarabangsa yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat DALAM TEMPOH EMPAT BELAS(14) HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  •  Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan DALAM TEMPOH EMPAT BELAS(14) HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  • Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN BERMULA. 

  • Pelanggan yang mendapat perkidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan DALAM TEMPOH TUJUH (7) HARI BEKERJA. 

  • Semua bil dan tuntukan dibayar TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.

  • Urusan penempatan kakitangan bukan guru diselesaikan TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA selepas arahan penempatan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

  • Semua pemohonan berkaitan dengan urusan perkhidmatan dari segi perlantikan,pengesahan dalam perkidmatan dan pemberian taraf berpencen diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar Malaysia (SPP) DALAM TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI setelah menerima borang yang lengkap dan sempurna. Bagi pegawai lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pengesahan dilakukan SECARA ONLINE setelah dokumen yang lengkap dan sempurna di terima DALAM MASA EMPAT BELAS (14) HARI.

  •  Penghantaran dokumen persaraan wajib yang lengkap kepada Jabatan Pendidikan Awam (JPA) dilakukan SELEWAT-LEWATNYA SERATUS DUA PULUH (120) HARI atau EMPAT (4) BULAN sebelum tarikh persaraan pegawai. 

  • Semua pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan SERTA MERTA dengan mesra dan responsif. 

  • Sentiasa BERSEDIA DAN SANGGUP menerima pandangan,cadangan,syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.

CARTA ORGANISASI

2022 Carta Organisasi JPN P.P 11zon

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang.
https://jpnpp.moe.gov.my  04-6575500 04-6582500 jpnpp 

Hits : 203404