Ketua Jabatan
> Dato' Hj. Mohd Zamri Bin Hj. Abdul Aziz (D.P.S.K, P.S.K)
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Melaksanakan dasar pendidikan melalui Falsafah PendidikanKebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
- Melahirkan kepimpinan yang dinamik, prograsif dan proaktif untuk melaksanakan pembangunan pendidikan secara holistik.
- Meningkatkan pencapaian akademik melalui peperiksaan awam.
- Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi ledih kondusif.
- Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan dengan memberi kursus dan latihan.
- Menjaga kesejahteraan pegawai dan kakitangan serta memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
- Meningkatkan sistem tadbir urus organisasi yang seiring dengan perkembangan teknologi.
- Meningkatkan pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian.
- Mengamalkan budaya penyayang dalam kalangan warga pendidik.
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :
- Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh menerima aduan sekiranya maklumat aduan yang diterima adalah lengkap dan sempurna.
- Arahan penempatan pertukaran guru dalam negeri melalui sistem eg-Tukar dikeluarkan kepada guru yang diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh jana surat penempatan.
- Kelulusan pendaftaran dan pertukaran murid dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
- Kelulusan kutipan sumbangan bayaran tambahan persekolahan/ derma PIBG dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap dan sempurna dari sekolah.
- Permohonan Elaun Murid Khas yang diterima sebelum 30 April akan menerima bayaran mulai Bulan Ogos tahun semasa sekiranya murid berdaftar dengan KPM dan mempunyai Kad Orang Kurang Upaya, JKM.
- Institusi pendidikan mula diselenggara dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pengeluaran surat setuju terima.
- Menyelesaikan kes-kes tatatertib di bawah Pihak Berkuasa Tatatertib Peringkat JPN Kelantan dalam masa 3 bulan selepas laporan dan dokumen lengkap diterima.
- Bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap dan sempurna diterima.
- Bantuan kebajikan kepada murid diselaras dan diagihkan ke PPD dan sekolah dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Permohonan untuk mendapatkan rekod BPK berkaitan lembaran Kenyataan Perkhidmatan dan lembaran Kelakuan yang lengkap, terkini dan sempurna diperolehi dalam tempoh 7 hari bekerja.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu,
Kelantan. |
https://jpnkelantan.moe.gov.my |
09-7418 000 |
09-7482554 |
jpnkelantan
|
Hits : 165381